Nov 3, 2011

HELLO BLOGGERS

Hello bloggers, this blog is not official yet.
Dan kalau anda semua notice, saya post sebagai "Zharif ALM" dan bukan "The Cendana Insider".
Dan ini adalah perkara yang saya ingin lakukan.
Maka, to make this blog official, semua bloggers / authors yang berkaitan perlu memberi email anda supaya everyone can know who is actually menge"post" di blog ini, dan nama anda akan tertera sebagai nama anda, not as "The Cendana Insider".
Kerja-kerja complicated lagi sophisticated yang lain akan dilakukan during the long-long holiday.
Sekian =)


EXAM DULU ! :D

Nov 2, 2011

we come with a solution...


Salam semua jejaka cendana sekalian...dah abis study, masih bizi ker semua but here read some...

Semenjak dua menjak nie, aktiviti mengorek lubang semakin rancak jadik perbualan masyarakat shah alam...di FB, TheCendanaInsiderBlog and tweeter..so, cube try tanyer knape yer???
Baiklah, kalau tgk struktur binaan cenndana nie, adalah terlalu sukar untuk ahli blok 2 ekspecially laman 2 untuk keluar sebab kene tawaf satu blok nie**letih dibuatnyer...tak cukup ngan nie pastu budak blok 1**ADFP, ALG dll lagik kesian, dari atas (luar) turun bawah masuk ikut pagar then patah balik...aiyoooo, memang meletihkan yang teramat sesangat...tak gitu ker???lantas tu sbb diorang wat lubang tue...

In order to overcome this problem, saye perasan ada pintu kecik kat blkg blok 2 satu and depan blok 1 ada satu lagik...then why not kite gune pintu nie???...banyak kelebihannyer puan syam and pn jamilah...first, masalah lubang pagar boleh diselesaikan, insyallah..second, senang kami nak g makan kat blkg...kalau tak, nak pusing jalannyer bukan main jenoh, letihnyer hanye Allah ya tahu...**takdelah letih sangat sebenarnye...tapi tulah, saye rase tak salah kite gunakan kemudahan yang sedia ada namun dah lama tak dipakai...tak salah kite mencube...

So, nilah pendapat kasar yang saye rase ada advantages nyer...hope pasnie zharif post entry nie kat cendana punyer FB and tag name pn jamilah and pn syam yer...hope2 menjadikan hidup kita kat cendana nie lebih senang, bahagia dan sejahtera hendaknyer...so, tq.

Oct 31, 2011

tolong jangan jadi tikus yang rakus...


Assalamualaikum ahli cendana semua...

Semenjak dua menjak nie, dikabarkan nampaknyer semakin bizi plak kegiatan mengorek lubang tikus di sekitar cendana nie...namun malangnya ianya berbahaya...kenapalah perlu kufur sesangat dengan nikmat pagar kat depan tue...sibuk nak merangkak masuk ikut celah dawai yang berkarat tue...nanti kalau tersangkut lantas terkecik dan terus mati macam mane...sape nak jawab??? anda ker...namun malangnye time tu anda dah mati...

Lantas silalah jangan berbuat demikian sebab dah diwarning PPP yer...AWAS nanti kalau tertangkap..pasti anda merana..biasiswa ditarik dan anda dibuang negara...ha3x

Kesimpulannyer, behave urself...sebab kalau anda buat lubang kat sekeliling nanti, senang kite keluar dan senang pula masyarakat luar masuk...nanti barang kene rompak, laptop kene sapu, aircond surau kene cilok**panas surau, tv kene rembat**macam mane nak tgk bola...look2, sape yang susah kemudian, kite jugak...tak gitu.. 

Sekian, terima kasih yer...

Oct 30, 2011

TRAVELOG:PESANAN MAK CIK INDON


Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang
SubhanAllah..
Keadaan penuh sepi,hanya terisi sedikit sahaja gerak suara perbincangan dalam kalangan para penuntut di kolej itu,iya,itulah suasana perpustakaan di sebuah kolej,perpustakaan secara amnya digunakan untuk menelaah khazanah ilmu didalamnya,tetapi berbeza disini,perpustakaan lebih dijadikan sebagai tempat untuk mengulangkaji matapelajaran,buat ‘assignment’ atau membuat perbincangan.
Namun,disuatu sudut lain di perperpustakaan itu,terselit gerak suara yang agak asing,mungkin kerana ia lebih disifatkan ceria…iya,itulah aku dan dua orang sahabatku,kami tidak akan membiarkan suasana itu terus diisi kesepian,sebaliknya,kami kadangkala selang seli dengan sedikit perbualan mesra..
“huh,puas dengar cerita aizat tadi,seronok juga bila diingatkan suasana di kampung”
“ha ah,cakap pasal kampung ni,study leave dah dekat,bila nak beli tiket bas ini” sahut aizat.
“ha ah min,jangan kau jadi macam cuti sebelum ini,tiket kata nak beli ‘on the spot’ ,tengok tengok kena ambil tiket ke penang,lepas tu,minta berhenti tepi highway..kena beli awal min,ramai nak balik cuti ini” berseloroh adib.
“iya,betul juga kata kau adib” aku menjawab sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Memang tidak dinafikan,bunyi lawak,tetapi yang melaluinya,hanya Allah sahaja tahu betapa getirnya ujian pada tika tiket habis untuk pulang ke kampung walaupun hakikatnya silap aku jua dalam hal ini.Walaubagaimanapun,tika aku diuji pada masa itu,Alhamdulillah,aku dimotivasikan dalam diriku yang ujian ini tidak segetir orang lain yang mungkin kebuluran di Somalia,mahupun terus dihimpit keseksaan seperti di palestin,malah jauh berganda ganda untuk disamakan…
Diriku dibuai kembali untuk melirik semula memori itu..
*******
Petang menempa,penuntut semua mula berpusu pusu untuk pulang,ada yang ingin pulang ke kolej dengan menaiki bas yang disediakan,dan ada juga yang sampai berkali kali terjatuh beg tariknya untuk ke stesen bas untuk pulang ke kampung  cuti kali ini…walaupun cuti ini agak singkat,tetapi aku mempunyai kepentingan tersendiri untuk pulang..bukan apa,satu,galakan ibu,gayanya ibu dan ahli keluarga yang lain sangat rindu padaku,tidak enak bagiku untuk membiarkan mereka terus memendam perasaan itu …lagi satu,aku pula ingin kembali untuk bersiap sedia untuk persembahan ucap awam yang akan diadakan selepas cuti ini…
Aku dan aizat mula bergerak ke stesen bas dengan wajah penuh semangat,bagi aizat,dia sudah mempunyai tiket basnya,yang boleh dikatakan agak awal…manakala bagiku,masih yakin dihati,tiket bas masih boleh dibeli sekarang.Bukan apa,sebelum ini dan tahun tahun sebelumnya juga aku telah melalui keadaan sebegini,dan masih tidak mempunyai masalah untuk membeli tiket on the spot…
Setiba di stesen bas,aku terpaksa berpisah dengan aizat,memandangkan basnya sudah tiba…manakala,untukku,aku terus ke kaunter bas..namun,keadaan itu berlainan untuk masa ini..
“maaflah adik,bas paling awal pukul 11 malam,tambahan,bas ini pun bas extra,nak ikut jadual tak ada dah bas bergerak pada masa itu”
Aku mula rungsing,aku tidak kisah bas itu pukul berapa,tetapi yang aku fikirkan ialah apabila aku tiba di kampung,pasti aku akan menyusahkan ibu bapaku yang perlu mengambilku distesen bas larut malam..malah,kalau ibu bapa aku tahu pasal masalah ini,mereka pun pasti tidak mahu aku terpaksa menunggu sehingga larut malam,dengan kawasan aku itu juga agak berbahaya..aku pergi ke hulu..ke hilir,namun,semua kaunter bas berkata yang sama…seketika,jiwa aku menjadi buntu..kemudian,satu tepukan dibahuku terasa dari belakang…
Oh,Ah meng…dia bertanyakan aku mengenai tiket bas aku.
“wallawei…min,itulah,lain kali you beli awallah tiket kamu itu.Tetapi saya ada cadangan,you cuba carik tiket ke ipoh atau penang yang agak dekat dengan rumah kamu tu..”
Mendengar cadangan Ah meng itu,aku terus berterima kasih kepadanya dan terus ke kaunter untuk bertanyakan hal itu,namun,sekali lagi,jawapan yang sama menempa..tiket bas ke dua  dua tempat itu pun habis…MashaAllah…sekali lagi aku kebuntuan,lalu aku ‘check’ mesej dari aizat..
“min,dah ada atas bas ke”
“tak..tiket bas dah habis”
“habis macammana tu?”
“entahlah…”
“insyaAllah,sabar ya..Allah sentiasa ada jalan keluar untuk itu”
Melihat pesanan sahabat itu,aku mula terasa keyakinan semula dalam diriku..tetiba..
“adik..tadi abang dengar adik perlukan bas ke penang malam ini?” Tanya seorang abang
“ha ah”
“kebetulan ada lagi satu seat pukul 8 malam ini,bas ‘super nice’”
Mendengar itu,hatiku tidak henti melafazkan kesyukuran,bas yang dikatakan abang itu pun agak dikenali,dan aku yakin ini bukan satu bentuk penipuan..
****
Bas aku sudah naiki,namun,kini betapa aku bersyukur dengan diriku,melihat bukan sahaja diriku sahaja melalui nasib ini,malah ramai lagi,ada yang menangis sambil menelefon ibunya menyatakan tiada tiket untuk malam ini,ada yang juga yang sudah ada tiket tetapi bas mereka terus tertangguh berjam jam..aku hanya dapat berdoa moga mereka juga diberi bantuan sebagaimana Allah memberikan kepadaku…sedikit kehairanan,tempat duduk ku disebelah ini masih kosong,katanya sudah penuh….pada mulanya,aku agak seronok,tetapi,setelah terdengar pemandu itu kata ada seorang lagi yang akan masuk nanti,hatiku mula sedikit gelisah..bukan tak suka orang duduk sebelah,tetapi aku jenis kurang selesa dengan perempuan duduk disebelahku,dan aku rasa kalau anda juga seorang perempuan pun berasa begitu…aku hanya berdoa agar bukanlah seorang perempuan,kalau ya pun,biarlah dia seorang mak cik ke…
Huh..Alhamdulillah,doaku termakbul,memanglah dia seorang perempuan,dan juga seorang mak cik,tetapi bezanya,dia seorang mak cik indon,kelihatan dia agak mesra dan ringan tulang apabila sempat membantu penumpang lain yang terjatuh barangnya…kemudian,datang seorang lelaki berbadan besar kepada mak cik itu sebelum bas itu bergerak..
“nanti,jangan kamu turun sampai pemandu tu kata turun.semua handphone dan duit semua ada dekat pemandu,sampai sana,ada orang jemput kamu..ikut je dia”
Makcik itu hanya daya mengangguk setuju,lalu bas pun bergerak..kadangkala makcik itu melihat juga aku,aku hanya mampu mengukir senyuman menunjukkan hormatnya aku kepada dia…kemudian dia bersuara..
“adik…bas ini pergi mana?” aku kebingungan,biasanya orang mesti tahu mana destinasi dituju,tetapi berlainan mak cik ini..
“ke penang mak cik,mak cik nak ke mana?”
“saya katanya nak dibawa ke sungai petani,katanya ada kerja lebih baik disana,dan ada lebih ramai kawan di sana..betul ke adik?jauh ke dari sini?”
“agak jauh makcik..5 jam juga” dia mula mengira dengan jarinya,mengagak bila tiba disana…
Makcik itu terus bercerita,katanya dahulu dia bekerja di daerah sepang berdekatan banting,sebagai pekerja disebuah kebun..dia berasal dari bandung,Indonesia,namun setelah hampir tiga bulan bekerja disana,dia sudah mula rasa seronok,namun,agen yang mengelolanya suruh dia melarikan diri…kawan kawannya semua larikan diri,dia masih tidak mahu melarikan diri,kerna majikan disana melayannya dengan penuh kebaikan..tetapi sehingga satu tahap,dia dipaksa untuk lari,dan kini dia dikatakan akan dibawa ke sungai petani,sebagai orang gaji rumah tangga…
“mak cik takut kerja macam itu,rasa adik,boleh ke makcik nak tukar”
“tak apa makcik,kalau dapat majikan baik,pasti makcik tak ada masalah,tambahan kalau makcik tak buat masalah..”
“tapi kalau makcik dipaksa sekali lagi untuk lari…” aku agak terkejut..aku tak mampu untuk memberi respon itu,melihat aku sebegitu,makcik itu terus menyambung…
“tapi,makcik akan bertegas tak nak lari” melihat aku dengan wajah penuh keyakinan,dia berkata
“adik,nanti bila adik dah kerja,jangan adik lari ya,walaupun kerja itu susah ke,sebab Allah melihat usaha kita..”
Pembicaraan aku dan makcik terhenti disitu,membuatkan diriku berfikir sejenak,bercampur baur antara sedih dan marah dengan agen itu melayan warga emas ini umpama alat permainan,boleh dipermainkan ikut suka hati dia saja,walaupun makcik ini digelar buruh,dia tetap manusia,dan berhak mengetahui hala tuju seterusnya dan kehendaknya..Rasulullah juga mengajar kita bagaimana melayan seorang hamba kelak…
Banyak yang perlu diubah….
*******
“tetapikan,aku masih terfikir dengan pesanan mak cik tadi..cuba aku kaitkan dengan diriku sekarang,tetapi masih tak jumpa tempatnya” kata aku kepada aizat dan adib..
“eh,kau tak boleh berkata begitu”
“heh..”
“Allah menjadikan dunia ini tidak sia sia,min…setiap itu ada manfaatnya kalau kita berfikir dan faham.bagi aku,pesanan itu agak terkesan,mungkin bukan sekarang,tetapi pada masa akan datang..”
“betul min,aku terfikir juga,tambahan sekarang cerita doktor pelatih semakin ramai lari dan malas bekerja,mungkin satu hari nanti,kita juga akan berhadapan sebegitu,dan ketika itu,barulah kita akan terfikir nasihat mudah ini..” kata adib
Aku terkesima….
Ya Allah,mengapa aku tidak melihat ini…bukan nasihat ini sahaja,selama ini,pelbagai nasihat dan peristiwa dan ujian serta peringatan ditembak kearah kita oleh Allah,namun,adakala kita selalu mengambil ringan tentang perkara itu…tetapi,apabila menimpa diri kita,kemudian barulah kita terfikir iktibar yang kita lalui yang kita kurang mengambil beratnya…yakinlah kita,berfikirlah kita atas setiap yang berlaku disekeliling kita…ambillah iktibar,dan berwaspadalah ia dengan masa depan yang bakal kita lalui,begitu juga sejarah yang kita belajar…Nampak mudah,bosan,tetapi hakikat masih ramai dalam kalangan kita yang mengulangi  sejarah itu…jarang mengambil iktibar daripadanya…
“hah..macam tu juga kau min,pesanan kami suruh beli tiket awal dari dulu kau endahkan..sekarang dah kena baru terfikir..”seloroh adib..
“iya..nampaknya,aku pun kena ambil iktibar juga,beli tiket awal..” jawab aku malu malu..
“hah,jangan risau,lepas habis kelas petang ni,kami teman kau beli tiket ye..”
“betul ke,terima kasih..”
Kami terus tenggelam dalam suasana ceria bersama ikatan sahabat yang begitu utuh,moga Allah meredhai kami..
Allahuallam..