Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang
Alhamdulillah..
maaflah,start start dah post macam ini..salam perkenalan semua,sekadar taaruf(pengenalan) awal mengenai diri penulis ini...sekadar ingin berkongsi apa yang tercetus dalam minda,dan apa yang terbuku dihati...untuk kebaikan bagi diri dan orang disekeliling kita...untuk refleksi bagi kita bersama renungkan..sangat dialu alukan sebarang teguran..kerna teguran yang tulus itulah pembina kita semua..yang baik kita sebarkan,yang buruk kita ambil teladan..we gain,we share and we spread it..
enjoy....
Codon…mRNA…Transcription….ligase..
Istilah istilah ini masih berlegar dalam ruang fikiranku..seakan akan satu ‘puzzle’ yang terpecah..mana satu nak letak sini dan mana nak sumbat sana…pening jap..
“huh..” aku menghembus satu nafas yang dalam,menenangkan fikiran setelah tamat kuliah biology..insyaAllah,aku akan usaha mengulangkaji semula dalam apa jua cara,tidak mahu ku ketinggalan dalam masa sama masih ramai yang sudah kehadapanku..
“cak….” Tersentak sebentar lamunan diriku ini.Oh,rupanya si mizan lagi..tapi reaksinya agak kontra dengan apa yang aku ada sekarang,dia kelihatan sangat senang,senang seperti memperoleh durian runtuh,tak duduk diam budak tu,tengok gaya dia pun,dapat dilihat macam ada mutiara dalam mulutnya yang ingin muntahkan…
“min..hari itu aku ada pergi pasar malam,lepas tu ada satu peristiwa yang aku lihat yang buat aku terfikir..”
“erk..” terlupa sebentar keserabutan kepala tadi,teringin juga dengan fikiran orang lain..
“asyik kau je cerita buah fikiran kau,aku pun terikut macam kau gak..”
“apa je ceritanya ,mizan”
“semalam,aku pergi pasar malam belakang kolej kita,tengah ralek berjalan mencari makan malam aku,aku terserempak dengan seorang pakcik,dia tak tua sangat dan tak muda sangat.gayanya memang berhajat meminta sedekah..lihat sahaja pada bekas duit yang dia pegang”
Memang sudah 3 tahun aku mengenali sahabat aku,mizan,dia pantang lihat orang yang dalam kesusahan terutamanya yang meminta sedekah di tepi jalan.nampak sahaja dari jauh,dia sudah automatik mengeluarkan duitnya untuk diberikan…sehinggakan aku juga kadangkala terasa malu melihat pemurahnya sahabat ini..
“tetapi min,pakcik ini lain sikit…”
“lain?” aku memberi respon menerima..
“tak..semasa dia meminta sedekah,dia tidak menunjukkan reaksi seperti peminta yang lain,yang lebih menatapkan wajah simpati.Tetapi pada wajahnya,kelihatan satu ketegasan..pandangannya seperti menuju sesuatu,walaupun pada tangan dan tubuhnya masih disitu memegang bekas duit tadi.Aku pun pergi sebelah dia,cuba nak ukur mana pandangannya dituju..” sambil dia menunjuk keluar tangannya umpama seorang kerja ukur..
“kau buat macam tu!pakcik tu tak sedar ke?” kehairanan sebentar..
“tak pun..itu yang aku pelik sikit..sehinggakan seakan akan bagi pakcik itu,masa disekelilingnya terhenti,terperangkap dalam lamunan sendiri..rupa rupanya,pandangannya tertuju ke kedai yong tau fu yang bertentangan dengannya.Aku melihat sebentar wajah pakcik itu yang masih serius.Dia kelihatan seperti menembusi kedai itu” aku masih cuba menghadam kata kata mizan,dia terus menyambung..
“kemudian aku pun terfikir,pakcik itu bukan sekadar melemparkan pandangannya terhadap kedai itu,tetapi ada suatu tersirat disebalik pandangan tajam itu,pandangan yang mempunyai matlamat,dan aku andaikan matlamat itu ialah membeli makanan yong tau fu dihadapannya,kelihatan seakan akan dia sedang membayang menikmati yong tau fu tu…”
“tetapi dia sekadar berada statik di situ bukan?” aku terus menyelit mizan,melihat ayatnya hampir menemui titik nokhtah.
“iya..apa kau rasa?” aku terdiam sebentar memikirkan ayat yang sesuai difahami untuk menyatakan buah fikiran ini..
“hmm..tak ada lah,pakcik itu mempunyai satu pandangan yang tajam,pandangan yang mempunyai matlamat,sehinggakan menembusi matlamat yang satu itu,malangnya,dia masih berada di tampuk yang lama..tidak ada usaha untuk menggerakkan badannya menuju matlamat itu.Tidak ada guna menahan keinginan yang berbuak buak dalam diri tetapi,sekadar menunggu untuk duit masuk,yang entah tidak menentu pendapatannya…”
“hmm..” melihat mizan masih kurang jelas dengan penerangan itu,aku terus menyambung
“cuba kita refleksi diri kita semula umpamanya,kita sentiasa terfikir untuk mencapai cita cita kita,sehinggakan pandangan kita menembusi cita cita,jadi kaya raya,jadi terpandai,jadi dermawan dan macam macam lagi.Tetapi,hakikatnya,ia tetap hanya satu angan angan,jika tidak menggerakkan usaha untuk mencapainya seperti belajar dan menguasai kepakaran itu,atau jika kita hanya mengharap guru dalam kelas untuk sumbat ilmu kepada kita..begitu juga dengan pakcik tadi..dia sekadar mengharap duit poket masuk dari orang lain..itu bukan satu usaha,itu hanya satu penantian yang penuh penyeksaan,ditambah penyesalan dipenghujung cerita”
“pergh..betul juga kata kau,aku ini pun sama..aku selalu bercita cita nak jadi ‘sportsmen’ islam yang hebat pada masa hadapan agar orang pandang islam itu kuat,tetapi hari demi hari,aku hanya terperangkap dalam angan angan tanpa usaha dengan seribu satu alasan yang entah bila aku nak bangkit kembali…terima kasih ye min,aku nak balik awal,nak siap untuk jogging petang ni,aku nak bangkit untuk terus usaha…”
“eh,apa pula,kau lah yang membuahkan dahulu fikran itu,patut akulah yang berterima kasih”
“tetapi kau yang melengkapkannya,bukankah sahabat itu saling melengkapi antara satu sama lain..”
Tersentak juga aku mendengar ayat itu,terharu betapa bernilainya erti persaudaraan itu..
Aku mula mengemas alatan tulis aku,tetiba aku terasa satu semangat,semangat untuk memperbaiki diri yang aku peroleh dari intipati kisah tadi.
“kalau aku sekadar fikirkan serabut biologi tadi dengan mengeluh,tetapi tiada usaha untuk berubah,itu tidak membawa sebarang makna,..aku kena terus gigih untuk memperkukuhkan kefahaman aku mengenai biologi agar aku juga dapat membantu rakan rakan yang lain…”
Semangat menbuak buak…aku terus mengangkat beg dan melangkah dengan penuh semangat..
“insyaAllah,moga Allah terus membimbingku..”
Allahuallam
By Muhammad Peacemakerislam
No comments:
Post a Comment